Kenapa Mazlanlan?
Mar 8th
Hey, lama aku tak tulis blog, asyik update gambar saja. Kali ini aku nak beri tahu kenapa aku guna Mazlanlan dan bukan Mazlan Mohamad nama sebenar aku. Aku bukan malu nak guna nama yang bapa aku bagi, cuma aku lebih suka commercial sikit (kononnya). Dan sebab kedua aku guna Mazlanlan ialah dulu blogspot aku guna Mazlanlan juga, dan aku kenal perempuan yang pernah aku sayang dengan nama blogspot aku tersebut. Dah masuk 3 tahun aku guna Mazlanlan, nama itu tetap mengikut aku kemana-mana aku pergi. Kadang-kadang orang text aku panggil aku Lanlan, tapi aku layan juga walaupun Maz tak ada. Tapi jangan panggil aku Maz, malu aku kalau orang panggil aku Maz sahaja, sejarah lama itu. Masa aku masih tadika, orang semua panggil nama aku Maz, macam nama perempuan pula, mati-mati aku suruh orang panggil aku Mazlan saja masa itu. Sampai sini sajalah kenapa aku guna Mazlanlan.
Revolusi Awek Bertudung.
Feb 28th
Saye suke, saye suke. Kalau dapat buat bini kan senang.




Yang mane lagi cantik?
KL Attack! V1.
Feb 27th
Bercuti bersama keluarga ke Kuala Lumpur. Dan jumpa kawan lama, Jacob Zakaria.




Result SPM?
Feb 21st
Hye. Ada sapa-sapa yang tahu bila result SPM keluar tak? Aku tak nak dia keluar dalam 25 Febuari hingga 3 Mac. Aku takda dekat MYY. Aduh, makin hari makin gementar aku, takut nak tengok result SPM aku. Tambahan, jangan dia keluar awal, takut pula aku tak rasa holiday nanti. Makin binggung aku di kerjakan nya.
Kisah Lama.
Feb 20th
Hai. Dalam 3 4 hari ini, aku asyik teringat akan kisah si dia.

Entah mengapa, mungkin disebabkan aku masih menyimpan gambar si dia dalam telefon bimbit aku atau aku masih stalk blogspot dia. Kadang-kadang terfikir juga, kenapa mesti aku ingat si dia, dan adakah si dia masih ingat akan aku. Kemungkinan besar dia sudah lupakan ku dan bergembira dengan teman baru nya. Tapi, aku mesti move on, apa guna aku duduk sahaja menunggu si dia yang tak mungkin akan kembali pada aku
Heartless.
Feb 18th
Halo. Baru habis upload video ini dekat Vimeo.
Somewhere far along this road, he lost his soul to a woman so heartless.
Aku tak tahu kenapa aku asyik dari malam tadi dengar lagu ini sahaja. Macam best dan ada makna buat aku. Sampai aku download video dan mp3 lagu ini kelmarin.
Terima Kasih Buat Syuxx.
Feb 17th
Hi. Aku nak ucapkan terima kasih kepada Syuxx atau nama sebenar beliau Muhammad Syukri Arabi kerana sudi belanja sebuah hosting buat aku. Tak sangka aku cuma main-main, dia bagi betul-betul. Tapi tetap berterima kasih dengan dia.










